Tuesday 6 December 2011

Salah ke bertudung labuh atau berpurdah??



Alhamdulilllah ramai muslimah kini sudah bertudung atau berhijab..
namun..
adakah bertudung tersebut mengikut syaratnya??
Ada yg bertudung kerana  ALLAH SWT..
Ada yg bertudung kerana berfesyen..
Ada yg betudung kerana sembunyikan kecacatan fizikal..
Ada..ada..dan ada….

Walaupun byk alasan ny..bertudung wajib bagi muslimah yg bernama Islam..
Bkn tnggu ikhlas baru kene bertudung…

Alhamdulillah yang sekarang ramai yg berjinak2 bertudung..
Dari xbertudung-----> bertudung
Dari bertudung-----> bertudung labuh
Dari bertudung labuh----->berpurdah
Dan sebagainya… tapi tahap mana masyrakat memandang mereka yang sering melakukan perubahan kearah yg lebih baik sebagai muslimah solehah..

Banyak juga yang berkata2~~ada jugak menyindir atas perubahan mereka..NAUZUBILLAH..xheranlah kadg2 segelintir muslimah yang bertudung labuh atau yg berpurdah dulunya bertudung yg biasa2 kembali kepada bertudung yang kecil..mereka rase amat tertekan atas ejekan dan penyindiran dari masyrakat setempat..malahan sahabat sendiri yg turut menyumbang ejekan..ambe ingin kongsikan sebuah cerita dari seorang sahabat dulunya bertudung biasa dan sekarang bertudung labuh dan berpurdah..subhanallah..(nama hamba tersebut maaf dirahsiakan).

assalamualaikum sahabat..alhamdulillah syukur kepada ALLAH SWT..apa yang berlaku kepada ana, memg sudah ditentukan... perubahan yg berlaku terhadap ana semasa melanjutkan pelajaran di luar Negara  ingin ana kongsikan bersama dimana pengalaman ana yg bertudng  labuh dan berpurdah..mungkin ada yang senasib seperti ana yang berada di luar sana..tujuan ana menulis artikel ini bukan menunjukkan ana seorang yang baik antara yang baik..mungkin ia boleh menjadi pengajaran dan  semangat buat saudara sekalian..ana akui dulunya ana bkn lah bertudung labuh dan xberpurdah..ana bertudung biasa sahaja..dengan berjinak2 menutup aurat sepenuhnya..dulu ana bertudung dan  tidak berstoking(bahagian kaki salah 1 aurat yg wajib ditutup)..alhamdulillah ana berjinak2 berstoking..beberapa bulan kemudian ana bertukar saiz  tudung ana..yang dulunya...bidang 40 dan alhamdulillah berjinak2 bertudung bidang 60…dan terakhir sekali ana berpurdah..sepanjang perubahan ana…banyak dugaan ana hadapi..terutamanya pandangan org sekeliling ...kadang2 ana menitis air mata mengenangkan perubahan ana menimbulkan banyak dosa2 masyarakat sekeliling..memang sukar jika perubahan kita menjadi perbualan hangat yg menyingung perasan ana..pernah sekali ana  menerima ejekan yg ana ingat sampai sekarang..dulu ana xlah di layan sebegini..sedihnya ALLAH yang tahu..pandangan masyarakat terhadap org yang bertudung labuh mereka mestilah seorang ustazah yg dari bidang agama yang hebat2..tapi bagaimana pula, kalau yg bukan dari bidang agama,ilmu agama yg sederhana yg terbuka hati untuk bertudung labuh dan berpurdah..bagaimana pula??salah ke mereka yg bukan bidang agama bertudung labuh atau sebagaimananya??ejekan demi ejekan ana hanya mampu bersenyum sahaja walaupun sedihnya tidak terpalang.....memang benar apa yg ustazah kata…KALU NAK BUAT BAIK MEMANG SUSAH..KALU NAK BUAT JAHAT MEMANG SENANG..hari ke hari ana belajar erti kesabaran..ia kesabaran untuk mendapat keredhaan dari ALLAH..

..alhamdulillah semenjak ana melakukan perubahan ini..rezeki ana semakin bertambah..ana yakin pilihan ana dengan bertudung labuh dan berpurdah..

Ana sedar..Salah 1 tanda sayangnya ALLAH terhadap hambaNYA..dengan memberi ujian.. ana sedar mungkin ini ujian yang ana perlu tempuhi dariNYA..
Buat sahabat2 yang membuat perubahan kearah yg lebih baik..berubah kerana ALLAH bkn krana manusia..jgn hiraukan pandangan manusia kerana pandangan ALLAH lebih bermakna.
" Kami memilih bertudung LABUH bukan kerana memandang RENDAH pada yang lainnya, kami bertudung LABUH kerana kami YAKIN ia lebih ISTIMEWA pada pandangan-Nya." insyaALLAH.....♥

bersyukur pada orang yang menyakitimu kerana dialah orang yang menabahkan hatimu...
bersyukur kepada orang yang tak mengendahkanmu kerana dialah yang memupuk berdikarimu...
bersyukur kepada orang yang menjatuhkanmu kerana dialah yang memperhebatkan abilitimu...
bersyukur kepada orang yang menyeksamu kerana dialah orang yang menguji kesabaranmu..
...disebalik kepahitan..terselit banyak kebaikan...^_^


No comments:

Post a Comment