assalamualaikum semua...
ne nak kongsi sedikit ilmu kat teman2...
Nak tahu x...sebenarnya...Malam
Lailatul-Qadar sunat dicari,betul~ jom same2
g cari..sebab pd malam me merupakan 1
malam yang diberkati serta mempunyai
kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah
sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. .special kan~
Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya:
"Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu
malam."
Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan
ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada
Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi S.A.W.:
Maksudnya:
"Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana
beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada
dosa-dosa yang telah lalu."
Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah R.A bahawa
Rasulullah S.A.W apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda
menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada
isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya:
"Rasulullah S.A.W berusaha sedaya upaya dalam
malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam
lain."
Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam
ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya:
"Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan
Ramadhan dalam malam ganjil."
Ne dah msuk 19
hari kite ramadhan. Cume tinggal lebih kurang 11 hari je untuk Ramadhan kali ni
meninggalkan kite … 10 malam terakhir adalah malam yang ditunggu tunggu oleh
sekalian umat Islam yang menunaikan puasa kerana pada 10 malam terakhir ini,
satu malam adalah malam yang penuh dengan keberkatan iaitu malam lailatulqadar.
Malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Malam para
malaikat turun dengan membawa keberkatan dan kebaikan kepada umat yang
beribadah. Sesiapa yang dapat kebaikan pada malam tersebut. Mereka adalah
golongan yang paling beruntung..
Dibawah ni, ambe
nak berkongsi sedikit artikel yang dikeluarkan oleh laman (iLuvislam.com) terbace
hri tu…mengenai tanda tanda berlakunya Lailatul Qadar.
Kata sesetengah
ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23
Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis
Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut
sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah
pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada
juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari
permulaan puasa.
Menurut mereka
sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari :
Ahad atau Rabu =
Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29.
Jumaat atau
Selasa Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27.
Khamis =
Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan.
Sabtu = Lailatulqadar
ialah pada hari yang ke-23 ß (ramadhan thn ne mula pd hri sbtu)
Isnin =
Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21.
Demikianlah
kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a.
Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan
kaedah ini.
Tanda Dan Alamat
Tanda dan
alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh
keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya,
pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu
menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi.
Hikmah
Hikmatnya ialah
apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah
diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk
mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila
seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya
bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti
memperoleh fadilat malam Lailatulqadar
Oleh itu
bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak
ini. Walau tinggal beberapa hari saja lagi malam-malam di bulan Ramadhan,
pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti. Semoga Ramadhan kali ini
menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan menguasai hawa nafsu.
InsyaAllah.
hanya Allah SWT
yang maha mengetahui bila berlakunya lailatul qadar. Jangan hanya mencari
lailatul qadar pada satu malam sahaja. Cari lah keberkatan dan kebaikan pada
setiap malam. InsyaAllah , Allah akan kurniakan Lailatul Qadar kepada kite
semua… semoga Ramadhan kali ni
membawa lebih kebaikan dan keberkatan dari sebelumnya..dan insyaALLAH berjumpa
lagi Ramdhan yang akan datng… . Aminnnn!!..allahualam..salam Ramadan dari
ambe..