Wednesday 30 November 2011

kisah seorang sahabat ^_^


(Ambe ingin kongsikan 1 artikel yg sesuai untuk anak2 remaja..iya anak remaja yang sibuk mencari cinta atau CINTA sebenar…pengalaman yang di alami oleh seorg sahabat ini byk mengajar ambe erti CINTA sebenar..)


2 tahun yang lalu~~

Nota dari seorang lelaki S****** (maaf di rahsiakan)


seperti biasa, ana luangkan masa lapang ana dengan melayari internet, laman sosial yang digilai para remaja masa kini. Ana nampak di homepage, kawan ana sorang ni like satu link yang menarik perhatianku.

"m***** likes a link (bukan nama sebenar)."

Oh, dari iluvislam.com rupanya. Semua artikel yang ada kat iluvislam.com sangat menarik. Dari laman web ini lah ana dapat banyak pengajaran. Banyak yang ana perlu tahu. Banyak yang ana perlu pelajari. setiap ana membuka laman web ana akan membaca artikel-artikel yang baru dan perhatian ana akan lebih kepada berkaitan remaja biasanya.
Tapi entah lah... artikel yang satu ni sangat menarik, dan membuka mata hati ana.. tajuknya :

Maaf, Ini Adalah Yang Terbaik.

tersentap ana berkata dalam hati"Apa yang ana dah buat ni....?

Astaghfirullah, selama ni ana ingin mencari keredhaan Allah. Ana ingin berdakwah. Ana kongsi artikel Islam untuk semua kawan ana. Kononnya ingin muhasabahkan diri, dan juga kawan-kawan yang lain. Tapi apa yang telah ana lakukan? Sedar atas kesedaran sendiri.

Ana masih melakukan dosa! Dosa yang 'izhar'. Terang dan nyata. Ana masih bercinta! Cinta yang belum lagi halal dan sah buat ana. Ya Allah....apa yang telah ana lakukan ni...?"

Ana berfikir sejenak.

Sebelum ni  ana  memang pernah terfikir mengenai hal ini..namun ia tergelam dek syg akan hubungan ini,Sebab dialah yang banyak mengajar ana apa erti cinta dimana ana dihargai.

Sebelum ni ana pernah dikecewakan . Ana serik. Tapi kehadirannya dalam hidup ana mengubah segalanya. Ana yakin, dia adalah untuk ana. Tapi perjalanan kami masih terlalu jauh. Ana sangat sayangkan dirinya, tapi ana lebih sayangkan Allah.

Mungkin inilah saatnya untuk mengatakan semuanya kepada si dia. Ya Allah, berikanlah ana kekuatan. Semoga Engkau permudahkan semua ini...  Ana sengaja kongsi artikel itu kat social network ana..(facebook)
Tiba2~ satu mesej  datang dari *********
Si dia: Saya baca link yang awak share tu..

ana: Oh artikel tu.. yeap.

Si dia: Semua artikel mengenai couple dalam Islam yang saya baca, semua macam tu. Hmm..

ana: Saya nak beritahu kat awak sesuatu yang sangat penting. Sebenarnya, perjalanan kita masih jauh lagi. Kita masih belajar, 5 tahun lagi baru nak grad. Kita sama-sama nak mencari keredhaan-Nya, tapi kita masih melakukan dosa.

Walaupun tidak melakukan zina yang zahir, tapi kita masih berzina hati. Awak faham kan maksud saya? Kita masih merindui diri masing-masing. Sedangkan kita tahu, kita masih belum ada ikatan. Terlalu jauh nak fikirkan semua tu. Saya rasa bersalah kat Allah. Sebab saya cakap saya sayangkan Allah, tapi saya masih tak dapat tinggalkan apa yang saya cintai..saya berasa berdosa sangat..saya sepatutnya membimbing awak..tapi ~~

Si dia: Saya tahu. Kita cakap mengenai Islam, kita berdakwah, tapi kita sendiri belum betul-betul tinggalkan apa yang Islam suruh kita tinggalkan. Saya pun ada berfikir pasal ni jugak.. Terasa diri ni hipokrit, sebab saya suruh kawan buat benda yang baik, tapi saya sendiri masih melakukan dosa..

ana: Saya dah lama berfikir pasal ni sebenarnya. InsyaAllah, inilah masanya. Hmm, awak.. Mungkin ini saatnya untuk kita berpisah... kerana Allah. Saya nak buktikan kepada Allah, yang saya lebih sayangkan Allah, lebih dari segalanya..

Si dia: Kerana Allah kita berjumpa, kerana Allah juga kita berpisah. Kita hanya ciptaan-Nya, memang patut kita sayangkan Allah lebih dari apapun. Saya setuju kalau semua ini kerana Allah. Awak, mungkin ini berat untuk awak, saya pun terasa berat juga…apapun saya tahu inilah terbaik buat kita.

Ana:sebagai hamba, kita mesti berusaha untuk mencari keredhaan-Nya, kita mesti berkorban. Awak doalah banyak-banyak.. InsyaAllah, kalau kita ada jodoh, Allah akan pertemukan kita kembali. Simpanlah air mata tu. Assalamualaikum. Jaga diri baik-baik ye, awak...

Si dia: insyaAlllah..waalaikumusalam…

Ya Allah... Hubungan yang hampir 5 bulan terjalin tu telah pun berakhir. Berat, memang berat. Hati ini berat untuk melepaskan kata berpisah. Ana tahu, hatinya juga terasa berat untuk merelakan ana pergi. Kami sama-sama setuju untuk berpisah hanya kerana Allah. Air mata ini mengalir, dan terus mengalir. Ana terus saja inform sahabat karib ana, sebab dialah satu-satunya sahabat yang memahami ana.
*Hati ana hanya mampu  berbicara       

"Memang bukan senang untuk lupakan, tapi terimalah, sebab awak lakukan ini kerana Allah. Buktikan kalau awak memang sayang kat dia sebab Allah. Hati ini memang badan yang punya, tapi hakikatnya, Allah yang punya.Kalau Allah yang punya, mestilah Allah lebih berkuasa terhadapnya, kan? Redha lah.. sebab kalau kita lepaskan sesuatu tu kerana Allah, InsyaAllah, Allah akan permudahkan. Memang lepas ni awak akan rasa kosong, sebab hari-hari tu selalu ada diriya. Apatah lagi hubungan ini berakhir bukan dengan cara yang tidak baik. Lagi sukar untuk melupakannya. Awak bawa solat banyak-banyak, berdoalah supaya dia adalah jodoh awak. Baca Al-Quran supaya hati awak tenang..."

Ana redha dengan ketentuan Ilahi. Biarlah ana korbankan cinta ana terhadap si dia semata-mata kerana Allah. Kerana ana yakin, Allah tidak akan mensia-siakan pengorbanan hamba-Nya. Ana ada pernah terbaca...

".. rindu yang disertai dengan menjaga diri padanya dan menyembunyikannya daripada orang-orang, maka padanya pahala, bahkan Ath-Thohawi menukil dalam kitab Haasyi'ah Marakil Falah dari Imam Suyuthi yang mengatakan bahawa termasuk dari golongan syuhada di akhirat ialah orang-orang yang mati dalam kerinduan dengan tetap menjaga kehormatan diri dan disembunyikan daripada orang ramai meskipun kerinduan itu timbul daripada perkara yang haram."

Kali ini, biarlah ana mencintai dan merinduinya dalam diam. Biarlah ana memendam kerinduan dan cinta ana  terhadapnya sehingga sampai waktunya. Jodoh itu ditangan Allah. Ana tidak akan berputus asa. Ana akan berdoa semoga dia adalah untuk ana, InsyaAllah.

"Seandainya telah Engkau catatkan dia tercipta buat ana, satukanlah hatinya dengan hati ana, Ya Allah. Tetapi ya Allah, seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku, bawalah ia jauh dari pandanganku, luputkanlah ia dari ingatan ana, dan peliharalah ana dari kekecewaan.."

Hati ini memang lemah, memang sedih, tapi Allah telah berfirman..



Surah Al-Imran, ayat 139 yang bermaksud:

"Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman."



Surah At-Tawbah, ayat 40 yang bermaksud:

"Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita."
allhamdulillah sekarang kami menjalinkan hubungan sebagai merupakan sahabat yang baik... :)


3 comments: